Wednesday, December 18, 2013

Bahan-Bahan Asas Pembinaan Rumah.





BESI "BRC" TAPAK

Hari ini Mr Naim ingin kongsikan pengalaman Mr Naim dalam pembinaan rumah dalam hal bahan-bahan asas dan perkakasan atau alat yang perlu disediakan oleh kontraktor atau orang perseorangan yang ingin membina rumah di atas tapak sendiri.
Berikut merupakan senarai tersebut dan ia mungkin berbeza di antara rumah dengan rumah yang lain bergantung kepada besar atau kecil rumah anda. Sesetengah peralatan  memang telah disediakan oleh tukang rumah kerana mereka sudah mempunyai peralatan tersebut dan adakalanya tukang rumah menyuruh tuan rumah yang menyediakannya. Ia bergantung kepada budi bicara kedua-dua belah pihak. Mr Naim akan membuat tanda (*) untuk barang-barang tersebut.
a) Pasir  sedang (2 lori)
b) Batu argegat (3 lori)
c) Kayu 1" x 2" (1 tan) -Jenis kayu bergantung begantung kepada tuan empunya rumah atau lebih baik tanya tukang kami  sendiri.
d) Plywood/Papan lapis (40 keping)- Mungkin lebih lagi
e) Paku 2" (5 kotak)
f)* Skop/ Penyedok simen ( 3 biji)
g)* Kereta sorong ( 3 biji)
h) Dawai/ wayar (1 gulung)
i) Simen (50 bag)
j) Besi Y12 (2 tan) -Untuk permulaan, besi sebenanya akan lebih lagi.
k) Besi Rb/ Besi Link ( 1 tan)
l) Mixer/Pembancuh simen (Bisanya boleh di sewa dengan haraga RM 300- 400  per bulan)
m)* Baldi simen ( 3 biji )
n) Tong besar  isi air ( 1 biji)
0) BRC/ Besi lantai - (Ikut ukuran keluasan rumah nak pakai berapa keping)
p) plastik lapik bawah lantai (Ikut ukuran rumah juga tapi ada juga yang tak pakai nak jimat kos, tapi kalau pakai rasanya lebih baik)
q) Bekalan air ( Ini paling penting. Boleh mintak paip sementara dengan JBA atau sea dengan rumah jiran berdekatan tapi baik mohon dengan JBA)
r) Bekalan Elektik ( Ini juga penting. Bekalan elektrik memang kena pinjam jiran sebelah)
s) Stor Simpanan barang ( Maknanya kena beli zink kayu dan alat-alat nak buat stor)
t) Wayar getah panjang (Besli yang elok terus, harga lebih kurang RM 50.00-70.00 SEGULUNG)
Gambar-gambar perkakasan tersebut adalah sebagaimana di bawah dan Mr Naim meminta maaf kerana gambar-gambar dengan perkakasan  adalah  tidak seimbang  kerana Mr Naim tidak mengambil keseluruhan perkakasan tersebut. Apa yang Mr Naim harapkan ia dapat membantu serba sedikit pencarian  pembaca sekalian.

PASIR DAN BATU ARGEGAT


BESI Y12
Hubungi: Mr Naim
Call: 0111-4493055
Fb: Mr Naim

‘’jauh perjalanan,banyak pengalaman’’


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...