80% dari mereka melakukan RENOVASI rumah tidak berpuashati
kerana proses menguruskan dan hasilnya tidak seperti apa yang mereka impikan.
Tapi anda jangan bimbang kerana kini ianya tidak akan berlaku kepada anda...
Tidak kisahlah apa pun saiz rumah anda dan
berapa pun bajet anda, namun hasrat atau impian anda untuk memiliki
rumah yang anda idamkan jangan diperkecilkan. Jika anda seorang pemilik rumah
atau bakal memiliki rumah sendiri dan yang pastinya anda akan melakukan renovasi ke
atas rumah anda tersebut maka anda harus teruskan membaca. Ini akan membantu
anda untuk memiliki rumah idaman anda. Teruskan membaca…
|
Oleh : Mr Naim(pakar renovate rumah)
Lokasi : Kedah
Lokasi : Kedah
Sahabat,
Memiliki rumah idaman merupakan impian setiap orang. Bukan
kata anda saya juga begitu.
Tahukah anda hanya 20% sahaja pemilik-pemilik rumah yang
berpuashati dengan rumah yang mereka miliki. Selebihnya tidak berpuashati
kerana rumah yang mereka miliki tidak seperti apa yang mereka idamkan.
80% dari pemilik-pemilik rumah yang membeli rumah akan
melakukan renovasi keatas rumah tersebut. Anda mungkin salah seorang dari
pemilik-pemilik rumah tersebut.
Tidak kisahlah apa pun jenis rumah yang anda beli atau yang
anda bakal miliki dengan melakukan renovasi maka rumah anda anda tersebut akan
kelihatan menarik dan yang paling penting rumah anda tersebut mampu memberi
keceriaan dan keselesaan buat anda sekeluarga.
Kenapa secara majoritinya manusia akan melakukan renovasi ke
atas rumahnya...???
Ada yang lakukan renovasi rumah sejurus selepas memilikinya.
Ada yang melakukannya setelah beberapa tahun menduduki rumah tersebut.
Ada yang melakukan secara total dengan merubah kesemuanya
secara serentak dan ada juga yang melakukannya sedikit demi sedikit mengikut
bajet yang ada.
Ada banyak alasan kenapa kita akan lakukan renovasi keatas
rumah kita. Diantara alasan-alasan tersebut adalah:
Bayangkan jika rakan-rakan mahupun saudara-mara anda
yang bertandang ke rumah andamemuji keadaan rumah anda. Dengan rekabentuk
serta susun atur yang menarik menjadikan mereka tertarik malah ada yang cemburu
melihat keadaan rumah anda tersebut. Ini juga menjadi pemangkin kenapa orang
melakukan renovasi rumahnya.
Keperluan kita berubah selepas beberapa tahun kerana
saiz keluarga yang bertambah. Katakan pada awalnya rumah yang anda beli sesuai
untuk 3 orang sahaja iaitu anda dan isteri anda serta seorang anak anda namunn
setelah beberapa tahun ahli keluarga anda bertambah. Mahu tidak mahu anda
terpaksa lakukan renovasi keatas rumah anda kerana untuk mendapatkan rumahj
baru yang lebih luas akan membelanjakan wang yuang sangat banyak.
Ada juga diantara kita yang sudah bosan dengan
keadaan di rumah dan perlukan renovasi untuk merasai sesuatu yang baru.
Kadangkala rekabentuk rumah yang dibeli tidak
memenuhi citarasa sebenar namun atas dasar belanjawan serta keperluan yang
terdesak kita terpaksa membeli rumah tersebut. Jadi bila ada bajet kita lakukan
renovasi mengikut rekabentuk yang kita mahu sesuai dengan keadaan rumah
tersebut.
Adakah anda juga mahu melakukan RENOVASI rumah anda...???
Katakan anda telah mempunyai rumah dan anda ingin
melakukan renovasi keatasnya namun ada masalah...
melakukan renovasi keatasnya namun ada masalah...
Untuk melakukan renovasi ke atas rumah anda bukan satu
perkara yang mudah sebenarnya.
Ya anda boleh cari mana-mana kontraktor murahan dan upah
mereka untuk lakukan renovasi ke atas rumah anda. Namun ianya tidak semudah itu.
Kerja-kerja melakukan renovasi ke atas rumah anda perlu :
Dapatkan kelulusan dari pihak Majlis Tempatan terlebih
dahulu jika tidak anda akan disaman!
Untuk mendapatkan kelulusan Majlis tempatan salah satu
syarat adalah memiliki pelan rekabentuk dan pelan ini harus ditandatangani oleh
perunding atau arkitek yang bertauliah.
Ada bajet cukup...
Untuk melakukan renovasi rumah sememangnya bukan sedikit
wang yang bakal anda keluarkan. Anda mungkin melakukan pinjaman atau mengumpul
selama bertahun-tahun wang yang mencukupi untuk melakukan renovasi namun
kadangkala tanpa ilmu yang mencukupui bajet anda sering lari malah ada juga
yang terpaksa membayar lebih dari apa yang terdapat dalam bajet renovasi.
Banyak juga kes dimana setelah siap kerja renovasi bayaran tambahan
dikenakan atas pelbagai alasan. Yang malang bayaran ntambahan yang dikenakan
sangat tinggi.
Kontraktor yang berkemampuan!
Seringkali kita mendengar cerita dari orang lain yang
melakukan renovasi rumah dimana kontraktor yang dilantik tidak menyiapkan kerja
dengan betul. Hasil kerja yang tidak memuaskan. Ada juga setelah beberapa
minggu kerja disiapkan ada sahaja yang bocor ketika hujan turun dan sebagainya.
Paling malang ada sesetengah kes dimana kontraktor buat
kerja separuh jalan akibat masalah pekerja dan sebagainya.
Juruperunding yang betul!
Untuk memudahkan proses renovasi kita akan melantik
juruperunding bagi menguruskannya. Dari proses rekabentuk sehinggalah kelulusan
Majlis Tempatan kerana kita tidak mahir dalam perkara ini.
Namun ada juga juruperunding yang mempermainkan pelanggannya
dengan pelbagai ’fee’ yang dikenakan. Ini akan menambah lagi kos renovasi
rumajh anda.
No comments:
Post a Comment